bukan sekadar penulisan



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
sentuh...
Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?
Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.
Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.
Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.

"Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat?
Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.
Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?

terima kasih kepada si penulis


sedikit salingan yang disediakan..aku suka tiang,gmbr ni menunjukkan terdapat lima tiang hanya satu je yg kurang karatnya.maksudnya tak tau.hahah..
semoga apa yang saya sampaikan tidaklah menyinggung hati mana-mana pihak..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk sebenarnya datang dari saya sendiri..tp baik buruk dari baik..hehehe..

sekian,



die-art
no tel: 0126467628/0137035612
email : mohidi_8@yahoo.com
blog : www.die-art8.blogspot.com
y.m : mariost_superman@yahoo.com

4 comments:

PeQ GaRaGe said...

wah..
thanks ustaz Die-art...
hehehe..

weh.. jual 550ex tu kat aku..
ekekeke..

die-art said...

haha..ustaz nak guna r 550..
hahah..
ilmu ni harap disampaikan kepada yg lain..
hahah..

PeQ GaRaGe said...

ceh...
kodokut ustaz ni..
hik3...

die-art said...

hahaa..
amboi..saje je..
nak pinjam amik la..
hahaha

Post a Comment

 
©2009 die-art photography | by TNB