masjid adalah kebanggaan ummat islam


Jika sejarah telah membuktikan ummat terdahulu berjaya mencapai kejayaan Rohani dan Jasmani yang sangat mengkagumkan melalui Masjid, mengapa kita masih terkial-kial mencari dan mencuba berbagai fomula untuk mencapai kejayaan?. Tidak salah mencari fomula-fomula baru yang tidak bercanggah dengan syara’, tetapi sifat melupai fomula yang telah terbukti membawa kejayaan kepada ummat ini dahulunya, adalah sikap lalai yang sangat memalukan.

Apakah kita rasa semacam melangkah kebelakang semula jika jamaah ini diajak semula kepada program Usrah, Qimullail, Tamrin, Mukhayyam, Kuliah di Masjid-masjid dan sebagainya. Apakah kita sudah hanyut dengan sedikit kemenangan yang “Allah” hulurkan kepada kita. Sudah lemas dalam dewan-dewan seminar berhawa dingin sambil berucap dengan bahasa-bahasa yang hanya difahami oleh golongan elit dan educated?. Apakah kita sudah merasa sangat gah dengan sedikit kemenangan yang dianugerahi Allah, sehingga beranggapan usrah, seminar, tamrin, kuliah dan qiamullail hanya layak dihadiri oleh ahli-ahli biasa yang tidak sibuk dengan urusan mentadbir negeri.
“Saudaraku..walaupun sangat perlu kita memandang kehadapan, namum sesekali menolehlah kepada cermin pandang belakang, untuk lihat siapa dibelakang kita. sesekali tolehlah kepada side mirror untuk kita tahu siapa dikiri dan kanan kita.”
Tegasnya jamaah ini perlu membangunkan semula dakwah dan Pendakwahnya melalui Masjid-masjid. Ini adalah kerana masjid itu sebagai;
1. Madrasah Rohani Para Du’at.
Para Du’at sangat memerlukan kekuatan Rohani. Pendakwah yang hatinya bertaut dengan Masjid-masjid sangat jauh bezanya dengan du’at yang jauh daripada Masjid. Du’at yang hadir menunaikan solah berjamaah Lima waktu dimasjid sangat jauh bezanya dengan rohani du’at yang tidak hadir solah berjamaah. Solah berjamaah mebina kekuatan iman, ukhuwwah, sifat tawadhuk dan serta pertalian dengan Allah. Sedangkan semua sifat-sifat tersebut sangat-sangat diperlukan untuk dimiliki oleh Du’at fiLlah.

2. Madrasah Haraki.
Masjid dan solah berjamaah akan mendidik du’at erti kebersamaan dalam perjuangan. Bekerja dan berjuang secara jamaei (kolektif). Solah berjamaah di Masjid membentuk keperihatinan terhadap konsep kepimpinan, taah, wala, serta asas-asas hidup berorganisasi. Sifat terbuka, kerendahan diri, kepatuhan, istiqamah serta keperihatinan akan terbentuk didalam setiap muslim yang menunaikan solah berjamaah.

3. Madrasah Soasial dan Ukhuwwah
Masjid adalah saluran ta’aruf yang paling berkesan. Du’at dapat mengenali mad’u nya dengan lebih dekat dan mesra. Hati-hati yang bertaut melalui ibadah bersama didalam masjid jauh bezanya dengan persahabatan yang terjalin ditempat-tempat lain.
Salam ketika pertemuan di Masjid, bahu0bahu yang bersentuhan di dalam saf, zikir-zikir yang dialunkan bersama serta tangan yang berjabat selepas solah dengan wajah penuh ubudiyyah kepada Allah sebenarnya saluran dakwah yang cukup besar kepada jamaah. Jambatan dakwah mudah dihubungkan melalui kermesraan yang terjalin lewat suasana ibadah diMasjid.

4. Madrasah Ilmu dan Maklumat.
Pendakwah dapat dihasilkan melalui masjid dan di masjid jugalah pendakwah dapat menyalurkan dakwahnya. Ilmu dan kefahaman terhadap Islam dapat dibangunkan secara beransur-ansur melalui masjid. Pendakwah dapat menerapkan tasawwur Islam yang sebenar kepada masyarakat umum. Pendakwah yang menjadi “guru” kepada masyarakatnya akan lebih dipercayai dan diberikan Thiqah oleh mad’u. Thiqah dan kepercayaan itulah esset yang cukup bernilai untuk melayari bahtera dakwah.
Pimpinan dimana peringkat pun hendaklah menjadikan masjid sebagai medan dakwah serta medan pertemuan dengan masyarakat. Kita tidak nafikan masih banyak medan lain yang ada dalam dakwah ini, tetapi Masjid lah medan yang terbaik. Sangat janggal jika kita dikenali sebagai pendakwah dan pendokong gerakan Islam tetapi jauh dari masjid-masjid Allah.

petikan dari blog2 yg terpilih..terima kasih diatas penulisan ini.semoga ia memberi dan menyampaikan sedikit ilmu kepada pembaca kalian...

sekian,
die-art
no tel : 0126467628 / 0137035612
email : mohidi_8@yahoo.com
blog : www.die-art8.blogspot.com
y.m : mariost_superman@yahoo.com

8 comments:

hidungberantai said...

bagus post ni bro..gambo pun cantik...marilah kita bsama2 mngimarahkan masjid...

die-art said...

btul tu..apa2 pon,time kasih

Munira Razizul said...

angle yg chantek =)

PeQ GaRaGe said...

gud2.. info ni sgt bagus.. tp mase telah melalaikan kite.. huk3..

uih.. cam pakai wide lens da...

die-art said...

haha..terima kasih...

die-art said...

to peq : haha..baru angkat..cewah..

silentshutter said...

weh aku, 30d dan ... tu aku la sharul,huhu..ala ko da ade 2body besh la,huhu..weh shot kt ptrajaya xajak aku gn peq pn,huhu..

die-art said...

ko lagi la tak ajak aku..haha...wei..tu gmbr kenangan la...

aku pegi amik kerja aku je kat umah..sementara nak tgu buka aku kuar ngn amir g bazaar..

Post a Comment

 
©2009 die-art photography | by TNB