al-mathurat

manusia lahir di atas dunia ini dibekali dengan fitrah.disamping itu manusai juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan sesorang. namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri,sehingga segala godaan dari syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.


tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah, dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekati diri dengan Yang Maha Agung. sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan.sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh, solat, zikir, doa, istigfar, dan ibadah2 yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.

beramallah sesuai dengan anjuran islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasullah SAW. orang2 mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia, kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. tiada sesuatu yang lebih bermakna melainkan mendapatkan keredhaan illahi.
dalam zikir dan berdoa ada masa-masa yang tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakblulkan-Nya.alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepada-Nya. kemudian menghayati sebagai sesuatu amalan yang tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita. kerana insan yang beriman, dikala pagi ia bertasbih dan berdoa,dikala petang ia tetap dengan kerendahan jiwanya dengan berzikir kepada-Nya.dilala malam ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yang Agung.
Allah SWT berfirman maksudnya:
"maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memujikan tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat"
(Qaaf: 39-40)

berdasarkan firman Allah ini setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga,bekerja sebagai guru,sebagai jurugambar,sebagai jurutera,sebagai pekerja yang diredhai Allah, masyarakt dan negara serta pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Mathurat. dengan membaca zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasullah SAW ini bererti kita telah membentagi diri kita dengan senjata yang kukuh,sehingga terhindar dari syaitan nirajim..

oleh sebab iti, Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasullah SAW. beliau telah memilih dan menyusun al-mathurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada ganguan syaitan yang penuh angkara murka. maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-mathurat ini pada setiap pagi dan petang serta malam..

*gambar ini telah disediakan oleh saya sendiri..semoga menjadi tatapan rohani kalian..
bagus juga ada blog..kita boleh guna jalan kebaikan..

die-art
no tel : 0137035612
email : mohidi_8@yahoo.com
y.m : mariost_superman@yahoo.com

6 comments:

PeQ GaRaGe said...

wah.. bagusnye ustaz hidayat..

insaf2..

die-art said...

sekali sekala sampai kan ilmu..huhu

die-art said...

tp aku tahu ko tak baca kan..hahah

Appleartwork said...

kau paste ayat mane ni?

die-art said...

aku reka la..adui.kan karangan aku no 1..haha.aku amik dari kitab r..al mathurat

zie said...

hurm..comey btul..bgus2..i like it..hope ada org baca n mengamalkannya..heheehe

Post a Comment

 
©2009 die-art photography | by TNB